CERGAS ASLI SDN. BHD. (PUSAT LATIHAN BERTAULIAH)


Pusat Latihan Bertauliah Cergas Asli merupakan pusat latihan yang menyediakan latihan dalam bidang kemahiran atau teknikal. Ini bertujuan untuk memudahkan, melengkapkan dan menyediakan pekerja binaan yang berkemahiran tinggi bagi meningkatkan lagi daya saing dalam industri pembinaan di Negara kita.

Pusat Latihan Bertauliah Cergas Asli menawarkan 2 sistem latihan kemahiran:
  1. Wireman Grade/Tahap 1 (Kuching & Sibu)
  2. Wireman Grade/Tahap 2 (Kuching & Sibu)

SYARAT dan KELAYAKAN
  1. Berminat.
  2. Minima lepasan PMR/SPM.
  3. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun.
  4. 2 salinan sijil akademik (UPSR*/PMR/SPM/SPMV)
  5. 2 salinan sijil berhenti sekolah
  6. 2 salinan kad pengenalan (hadapan dan belakang)
  7. 2 keping gambar berukuran passport (gambar terkini)
  8. satu salinan kad pengenalan ibu dan bapak (hadapan dan belakang)
PS: * = HANYA untuk pelatih dibawah e-Kasih atau PPRT

YURAN PEMBELAJARAN
  • Yuran pembelajaran adalah PERCUMA.

KELEBIHAN

  1. Pelatih yang layak akan mengikuti Ujian WIREMAN GRADE-2/WIREMAN GRADE-1 daripada pihak EIU.
  2. Layak mengikuti kursus Kad Hijau (Green Card) anjuran CIDB secara percuma.
  3. Testimonial dikeluarkan oleh Pusat Latihan Bertauliah Cergas Asli Sdn Bhd setelah tamat kursus.

TEMPOH KURSUS
  • 6 bulan (1 Tahap).
KEMUDAHAN
  1. Asrama akan disediakan.
  2. Pelatih akan diberi elaun setiap bulan.
  3. Kasut keselamatan, baju dan topi keselamatan akan disediakan kepada semua pelatih.

PELUANG KERJA
  1. Latihan industri/praktikal akan diuruskan kepada pelatih yang layak.
  2. Selepas tamat latihan industri/praktikal, para pelatih akan diserap terus dalam kerjaya pendawaian elektrik sebagai Juru Teknik Elektrik.